Ahad, 6 Mei 2012

CERPEN - KASUT KELOPAK JANTUNG


CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG

[Penulis: Ghazali Lateh]

SINOPSIS
Cikgu Harun sangsi menerima bungkusan hadiah seja beberapa tahun yang lalu khususnya pada Hari Guru. Meskipun Cikgu Harun tahu siapa pengirimnya, namun dia mempersoalkan niat si pengirim hadiah itu. Namun, setiap kali bungkusan itu sampai, dia pasti akan terkenangkan pengalamannya tatkala bergelar pendidik di sebuah kampung di pedalaman lebih tiga dekad yang lalu. Pernah suatu ketika, kesabarannya teruji oleh sikap anak muridnya, Ahmad yang tidak berkasut ke sekolah. Ahmad berkeadaan begitu sejak selipar jepunnya putus. Apabila ditanya, alasan Ahmad tetap sama iaitu kasut sekolah belum diberli. Bagi Cikgu Harun, sikap Ahmad mengganggu keceriaan kelas.
Suatu hari, pada waktu Pendidikan Jasmani, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki ayam. Cikgu Harun hilang sabar hingga mahu merotan Ahmad dengan ranting pokok. Tiba-tiba, dia terpandang akan kelopak jantung yang gugur di bawah rumpun pisang yang merimbun. Cikgu Harun mengambil kelopak jantung yang besar dan mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu pada kakinya. Dia menyuruh Ahmad memakai kelopak itu selagi Ahmad tidak memakai kasut sekolah. Ahmad berasa amat sedih dan malu dengan hukuman itu. Sejak itu, ahmad tidak datang ke sekolah dan dikhabarkan mahu berhenti sekolah. Cikgu Harun berasa bersalah lalu mencari Ahmad. Apabila melihat sendiri kedaifan hidup anak didiknya itu, Cikgu Harun berasa amat pilu dan sebak. Selepas seminggu, Ahmad masih setia memakai kasut kelopak jantungnya. Tanpa banyak soal, Cikgu Harun ke pekan dan membelikan baju dan kasut sekolah yang baru untuk Ahmad. Kini, Cikgu Harun sudah bersara dan Ahmad sudah pun bergelar pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.
  
TEMA
Ketidakprihatinan seorang guru terhadap kesusahan anak muridnya.
PERSOALAN
·       Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman
·       Kecekalan dalam menuntut ilmu meskipun berkeadaan serba kekurangan
·       Kedaifan golongan marhaen di luar bandar
·       Kesempitan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu
·       Ketegasan guru dalam mendidik anak bangsa
·       Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru
WATAK DAN PERWATAKAN
·       Cikgu Harun
-       Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman
-       Beliau tegas dan garang
-       Cikgu Harun berwajah bengis
-       Beliau berjiwa sensitif
-       Cikgu Harun sabar mendidik anak-anak muridnya.
·       Ahmad
-       Dia murid tahun tiga
-       Dia lahir dalam keluarga yang miskin
-       Ahmad patuh akan arahan guru
-       Dia lurus bendul
-       Dia berdikari
-       Dia tabah dan gigih menuntut ilmu
·       Ibu Ahmad
-       Belau sudah uzur
-       Wajah beliau seiras dengan wajah Ahmad

LATAR
·       Latar Tempat
-    Di dalam bilik darjah (Cikgu Harun memarahi Ahmad yang tidak berkasut)
-    Di padang sekolah
-    Di rumah Ahmad

·       Latar Masa
-       Pada waktu pagi
-       Pada waktu petang (Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad)
-       Pada Hari Guru

·       Latar Masyarakat
-       Masyarakat kampung yang miskin
-    Masyarakat guru yang tidak prihatin (Cikgu Harun tidak percaya Ahmad tidak mampu membeli kasut sekolah)

PLOT
·       Permulaan
-       (Masa sekarang) Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan. Ingatannya kembali kepada 30 tahun yang lampau.
·       Perkembangan
-       Tiga puluh tahun yang lalu, Cikgu Harun mengajar di sebuah sekolah luar bandar.
·       Klimaks
-       Cikgu Harun memaksa Ahmad memakai kasut daripada kelopak jantung pisang.
-       Cikgu Harun memberi amaran keras kepada Ahmad supaya tidak membuka kasut itu.
·       Peleraian
-       Cikgu Harun pergi ke rumah usang Ahmad. Dia berasa terharu melihat kemiskinan keluarga Ahmad.
·       Penutup
-       (Masa sekarang) Ahmad sudah berjaya dalam hidupnya. Pada setiap tahun dia menghadiahkan Cikgu Harun sepasang kasut.

TEKNIK PLOT
·       Imbas kembali
-       Peristiwa Cikgu Harun memarahi Ahmad kerana tidak berkasut. Disampaikan melalui teknik imbas kembali.

·       Pemerian / penceritaan
-       Cikgu Harun menghidupkan motosikalnya dan terus bergegas ke pekan untuk membelikan Ahmad sepasang kasut dan baju sekolah baharu.

·       Monolog dalaman
-       Cikgu Harun tertanya-tanya apabila mendapat tahu Ahmad hendak berhenti sekolah.

GAYA BAHASA

·       Simile
-       Seperti kaki ayam yang mencakar najis, seperti menanti hukuman gurunya,  bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya

·       Metafora
-       Denai-denai sempit, raut wajah, menghidupkan enjin
·       Peribahasa
-       Seperti lurus bendul, budak hingusan, kecil hati

·       Bahasa Inggeris
-       “... pakai uniform baru ni,” kata Cikgu Harun

·       Hiperbola
-       Sakit hatinya kini lebih perit daripada sakit tertusuk duri semalu di tepi jalan.

NILAI
·       Sabar
·       Prihatin
·       Berterima kasih
·       Penyayang
·       Cekal
·       Tegas
·       Bersimpati
·       Mengenang jasa

PENGAJARAN
·       Seorang murid haruslah mendengar arahan gurunya.
·       Seorang guru haruslah tegas dalam mendidik.
·       Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain.
·       Kita hendaklah mengenang jasa guru yang pernah mendidik kita.
·       Janganlah jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk enggan menuntut ilmu.


1 ulasan:

  1. Cikgu.. mohon share "Kasut Kelopak Jantung" versi video kat sini.. TQ

    http://www.youtube.com/watch?v=sVPpzMp4y3c

    BalasPadam