CERPEN SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN
[Penulis: Kamalkhalid
Kamarludin]
SINOPSIS
|
Kamal
berasa gembira apabila menerima sepucuk surat Abe yang mahu kembali ke
Kuantan semula. Dalam suratnya, Abe menyatakan bahawa dia akan berpindah dan
bersekolah di Kuantan. Sementara itu, Abe akan tinggal dengan keluarganya.
Menyingkap kenangan silam, Abe dan Kamal berkawan baik sejak kecil. Tiga
tahun yang lalu, Abe kembali ke negeri asalnya, Kelantan. Sejak itu, dia dan
Abe hanya berhubung melalui telefon dan surat. Sejak berada di Kuantan, Kamal
banyak menghabiskan masa dengan membawa Abe berjalan-jalan di sekitar bandar
Kuantan. Dia sanggup ponteng latihan badminton dan meminjam wang daripada ibu
semata-mata untuk menggembirakan Abe. Cuma, dia berasa runsing melihat Abe yang
murung dan adakalanya sakit perut. Kamal mahu membongkar rahsia Abe, tetapi
tidak berpeluang berbuat demikian.
Keluarga Abe pulang ke Kelantan setelah selesai mengurus perpindahan
sekolah Abe. Abe ditempatkan di kelas yang bersebelahan dengan kelas Kamal
kerana keputusan peperiksaannya lebih baik. Sepanjang Abe tinggal dan
bersekolah di Kuantan, mereka banyak menghabiskan masa bersama-sama.
Keakraban mereka menyebabkan rakan-rakan Kamal yang lain berasa cemburu.
Dalam pada itu, keadaan kesihatan Abe kian serius. Kamal bertanyakan
masalahnya, namun Abe hanya menyatakan bahawa suatu hari nanti, Kamal akan
tahu juga. Setelah keputusan PMR diumumkan, mereka berdua berjaya mencatat
kejayaan yang cemerlang. Namun, Kamal berasa sedih kerana Abe akan kembali bersama
keluarganya di Kelantan. Sebelum pergi, Abe sempat surat itu dibacanya sampai
habis, adiknya telah merampas surat itu dan mencampakkannya ke dalam unggun
api.
|
TEMA
|
Persahabatan
antara dua orang remaja lelaki yang sebaya umur.
|
PERSOALAN
|
·
Kerajinan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi PMR
·
Keprihatinan seorang sahabat terhadap kawannya yang dirundung masalah
·
Seorang sahabat karib enggan berkongsi masalah dengan kawannya
|
WATAK DAN PERWATAKAN
|
·
Aku / Kamal
-
Dia berusia lima bleas tahun
-
Kamal mempunyai seorang adik
-
Kamal kawan baik Abe
-
Dia amat menghargai persahabatan
-
Dia mengambil berat dan ingin tahu akan rahsia Abe
·
Abe
-
Nama sebenarnya Wan Mohd Tarmizi
-
Dia berasal dari Kelantan
-
Abe bijak dan cemerlang dalam pelajaran
-
Dia bersopan santun, baik hati dan pemaaf
-
Abe menyimpan rahsia hidupnya
·
Ibu
-
Beliau ialah ibu kepada Kamal
-
Beliau baik hati (memberi Kamal wang untuk bersiar-siar di bandar)
·
Adik
-
Dia merupakan adik kepada Kamal
-
Dia nakal (sanggup merampas surat yang sedang dibaca abangnya dan
mencampakkannya ke dalam unggun api)
|
LATAR
|
·
Latar Tempat
-
Lorong 5, Bandar Teruntum Kuantan (rumah keluarga Kamal)
-
Terminal Bas Makmur (tempat Kamal menunggu kedatangan Abe dari Kelantan)
-
Pusat Hiburan Keluarga di Kuantan Parade (Kamal dan Abe bermain permainan
video)
-
Sekolah Menengah Saint Thomas (sekolah Abe dan Kamal, tempat mereka
mengambil peperiksaan PMR)
-
Cenderawasih (Abe dan Kamal bersiar-siar dan menghabiskan masa
bersama-sama)
·
Latar Masa
-
Waktu pagi, petang dan malam
-
Waktu sebelum PMR berlangsung
·
Latar Masyarakat
-
Masyarakat pelajar sekolah menengah
-
Masyarakat guru
-
Masyarakat anak kecil yang nakal
-
Masyarakat pelajar yang hidup di bandar
|
PLOT
|
·
Permulaan
-
‘Aku’ menerima surat daripada Abe. Abe akan berpindah ke Kuantan dan
tinggal bersama-sama ‘aku’.
·
Perkembangan
-
Aku menjemput Abe di stesen bas. ‘Aku’ dan Abe bersiar-siar di bandar
Cenderawasih.
·
Klimaks
-
‘Aku’ membaca surat daripada Abe. Isi surat ialah masalah yang dihadapi
Abe.
·
Peleraian
-
Adik merampas surat daripada tangan ‘aku’ lalu mencampakkanya ke dalam
unggun api.
·
Penutup
-
‘Aku’ tidak sempat mengetahui masalah yang merunsingkan Abe.
|
TEKNIK PLOT
|
·
Imbas kembali
-
Abe terkenang pada peristiwa dia dan Abe disengat tebuan sewaktu melastik
burung terkukur di dalam semak.
·
Pemerian
-
Minggu lepsa, akutelah mengirimkan surat kepadanya. Petang tadi, aku
sudah menerima balasannya. Surat itu telah kubaca berulang kali. Ini adalah
kali kelima aku membacanya.
·
Dialog
-
“Yang kau mengelinjang di depan ibu ni, kenapa? Memeningkan kepala ibu
saja”.
-
“Abe...ya, Abe nak datang ke Kuantan! Bu... bukan... ya... ya... ya...
dia akan berpindah ke sini, bersekolah di sini!...”
·
Imbas muka
-
Dalam hatiku terdetik, apakah perkara sebenar yang tersirat di sebalik
kejadian ini? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
·
Saspens
-
Aku membaca surat Abe dengan penuh saspens kerana tertanya-tanya masalah
yang merunsingkan Abe.
·
Monolog dalaman
-
Aku tertanya-tanya mengapa Abe kelihatan murung.
·
Kejutan
-
Secara tiba-tiba adik merampas surat daripada tangan aku.
|
GAYA BAHASA
|
·
Personifikasi
-
Mengukir kenangan, menyelongkar buku hatinya, memecah
kesunyian subuh
·
Metafora
-
Tirai malam, buku rahsia
·
Hiperbola
-
Aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara
Berkembar Petronas
-
Seribu rahsia
·
Peribahasa
-
Kurang siuman
-
Naik darah
-
Jejak langkah
-
Bagaikan isi dengan kuku
·
Bahasa Arab
-
Assalamualaikum
·
Simile
-
Seperti orang gila
-
Seperti menyimpan buku di perpustakaan
|
NILAI
|
·
Sabar
·
Setiakawan
·
Rajin
·
Menghargai persahabatan
·
Kesetiaan
·
Prihatin
|
PENGAJARAN
|
·
Kita haruslah jujur dalam persahabatan.
·
Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.
·
Kita haruslah prihatin dan mengambil berat terhadap masalah orang lain.
|